Uji dan Fahami Keputusan

Persediaan asas sebelum mengambil ujian HIV OraQuick®

Bersedia untuk melakukan ujian kendiri HIV

Terdapat beberapa persediaan asas yang anda perlu lakukan sebelum mengambil ujian HIV OraQuick®. Sila ikut arahan ujian dengan teliti untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk persediaan:

  1. Jangan makan, minum atau menggunakan produk penjagaan mulut (seperti ubat kumur, ubat gigi, atau jalur pemutih) 30 minit sebelum memulakan ujian ini.
  2. Sentiasa gunakan arahan dalam kit ujian rumah HIV untuk bantu membaca keputusan anda dengan betul.
  3. Pastikan anda mempunyai pemasa, jam tangan atau sesuatu yang boleh kira 20 hingga 40 minit.
  4. Ia sangat membantu jika dapat menggunakan telefon untuk bercakap terus dengan orang yang boleh memberi sokongan.

Ingat, ujian ini dapat mengesan jangkitan HIV jika digunakan 3 bulan selepas kejadian berisiko berlaku. Ini kerana OraQuick® menguji antibodi HIV, dan badan anda mengambil masa sehingga 3 bulan untuk menghasilkan antibodi ini pada tahap yang boleh dikesan oleh ujian ini.

Maklumat penting lain:

Anda mesti berumur 12 tahun atau lebih untuk menggunakan ujian ini. Di kawasan yang tertentu, kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas mungkin boleh diuji dengan Ujian Kendiri HIV OraQuick® jika dibawah pengawasan profesional penjagaan kesihatan. Lihat pembungkusan tentang negara yang khusus untuk mendapatkan butiran lanjut tentang sekatan umur .

Jika anda positif HIV atau sedang menjalani rawatan atau rawatan pencegahan untuk HIV, ujian OraQuick® adalah bukan untuk anda.

Jika anda telah mengambil bahagian dalam percubaan klinikal vaksin HIV, anda mungkin mendapat keputusan positif menggunakan ujian ini, tetapi ini mungkin tidak bermakna anda dijangkiti HIV. Anda harus mendapatkan penerangan susulan daripada kumpulan penyelidik.

Jangan uji jika:

Penutup telah terbuka atau mana-mana kandungan bungkusan itu hilang, pecah atau telah dibuka.

Tarikh luput ujian melepasi tarikh yang dicetak pada luar kotak.

Ujian telah didedahkan kepada produk pembersihan rumah.

Ujian telah disimpan di luar suhu yang boleh diterima iaitu 2°-30°C (36°-86°F).

Baca keputusan Ujian Kendiri OraQuick® anda

Mentafsir ujian adalah sangat mudah. Maklumat di bawah menerangkan cara untuk ketahui sama ada ujian negatif atau positif. Status HIV anda adalah penting dalam kesihatan anda secara menyeluruh dan perlu diambil tahu. Tidak kira status anda, terdapat beberapa pilihan untuk pencegahan dan rawatan bagi membantu anda mengekalkan kesihatan. Apabila melakukan ujian, sila rujuk kepada Arahan Penggunaan, termasuk amaran dan langkah berjaga-jaga.

 

Ujian Negatif

Jika terdapat satu baris di sebelah “C” dan tiada baris di sebelah “T”, keputusan anda adalah negatif.

Penjelasan Keputusan Negatif

Jika keputusan anda negatif dan jika sudah sekurang-kurangnya 3 bulan sejak anda mengalami peristiwa berisiko dan anda telah mengikut arahan dengan teliti, maka anda berkemungkinan tidak mempunyai HIV.

Jika keputusan ujian anda negatif dan anda terlibat dalam aktiviti yang meletakkan anda berisiko untuk HIV, anda harus membuat ujian secara berkala.

Perkara yang paling penting untuk diingat ialah HIV boleh dicegah. Memahami bagaimana anda boleh mengelak daripada mendapat HIV adalah penting untuk melindungi diri anda dan pasangan anda.

Ujian Positif

Jika terdapat dua baris lengkap, satu di sebelah “C” dan mana-mana baris di sebelah “T”—walaupun garis samar-anda mungkin menghidap HIV.

Penjelasan Keputusan Positif

Jika keputusan anda positif, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan selepas ini.
Klinik atau pusat penjagaan kesihatan profesional mesti mengesahkan keputusan ujian anda.
Terdapat juga beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang HIV yang boleh membantu dalam mengurangkan tekanan atau kekeliruan yang mungkin anda rasai:

Anda tidak bersendirian
Rawatan perubatan adalah tersedia untuk membantu orang ramai hidup dengan lebih lama dan sihat
Menghidap HIV tidak bermakna anda telah hidap atau akan menghidap AIDS

Dengan rawatan baru, ramai orang yang positif HIV masih dapat hidup lebih lama dan aktif. Mereka juga mampu menjalinkan hubungan normal dengan individu negatif HIV tanpa berrisiko untuk menjangkiti mereka dengan virus tersebut. Hampir setiap hari penyelidikan yang sedang berlangsung berusaha mencari cara yang lebih baik untuk merawat HIV. Kuncinya adalah mengenal pasti jangkitan seawal mungkin sebelum terlambat.

Amaran dan Langkah Berjaga-jaga

Keputusan positif dengan melakukan ujian ini adalah tidak bermakna anda sudah dijangkiti HIV, sebaliknya ujian tambahan perlu dilakukan dalam keadaan terkawal seperti bilik isolasi.

Keputusan negatif dengan melakukanujian ini tidak bermakna anda pasti tidak dijangkiti HIV, terutamanya apabila pendedahan mungkin terlah berlaku dalam tempoh 3 bulan sebelum ini.

Jika ujian anda negatif dan anda terlibat dalam aktiviti yang meletakkan anda berisiko terhadap HIV secara tetap, anda harus membuat ujian secara berkala.

Produk ini tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan tentang tingkah laku yang boleh meletakkan anda pada peningkatan risiko terhadap HIV.

Hubungi Kami

Kami Di Sini Untuk Anda

Soalan dan maklum balas tentang Ujian Kendiri HIV OraQuick? Kami boleh didapati di [email protected] untuk sebarang pertanyaan anda.

Untuk Panduan Komprehensif Mengenai Arahan Pengujian Dan Mentafsir Keputusan Ujian Kendiri OraQuick HIV, Rujuk Arahan Yang Disediakan Bersama Kit Di Rumah Anda. Pengesanan HIV Selepas Pendedahan Mungkin Mengambil Masa Sehingga Tiga Bulan, Dikenali Sebagai Tempoh Tetingkap, Yang Mana Antibodi Kepada Virus Dibangunkan. Pengujian Semasa Tempoh Tetingkap Mungkin Menghasilkan Keputusan Negatif. Dengan Keputusan Positif Dan Jika Keputusan Tidak Konklusif Dapatkan Ujian Tambahan Dalam Keadaan Terkawal Seperti Bilik Isolasi.